|
LANGKAH DAN MASA |
ISI KANDUNGAN |
AKTIVITI PENGAJARAN GURU |
AKTIVITI PEMBELAJARAN PELAJAR |
BAHAN BANTU MENGAJAR |
| Set
induksi
(
5 minit ) |
Konsep
Fasakh |
Guru
bertanya kepada pelajar apa yang mereka faham tentang konsep Fasakh.
Guru
menjelaskan definisi Fasakh dari sudut bahasa
dan istilah.
|
Pelajar
menjawab dengan
pelbagai jawapan.
Pelajar
mendengar dengan
penuh perhatian sambil mengangguk-anggukkan kepala. |
Papan
putih dan maker.
Buku
teks |
| Langkah
1
(
15 minit ) |
Sebab-sebab
Isteri Boleh
Menuntut Fasakh |
Guru
menayangkan ‘slide show’ (power point)
dan meminta
pelajar membaca
dan memahaminya.
Guru
menerangkan dengan lebih terperinci dan meminta pelajar menyoal sekiranya kurang faham. |
Pelajar
melihat tayangan
tersebut dan mematuhi arahan guru dengan memerhati dan cuba memahaminya.
Pelajar
membuat catatan
dalam buku nota masing-masing
dan menyoal
guru mengenai apa yang mereka kurang faham. |
Slaid
show (power point) |
| Langkah
2
(
10 minit ) |
Cara
melakukan fasakh |
Berpandukan
kepada slide show yang ditayangkan,
guru telah menyenaraikan cara-cara melakukan tuntutan fasakh, iaitu:
1)
Jika suami atau
isteri ada sebab yang mengharuskan fasakh.
2)
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan
perkahwinan mereka
3)
Jika dapat dibuktikan
pengaduan yang diberikan
adalah benar, pihak kadi boleh
mengambil tindakan
membatalkan perkahwinan.
4)
Pembatalan perkahwinan dengan fasakh tidak boleh dirujuk
kembali kecuali
akad nikah semula.
Guru
memanggil beberapa orang pelajar untuk menyebut semula cara-cara tuntutan fasakh tersebut tanpa melihat kepada nota yang terdapat pada slaid show.
|
Pelajar
membuat catatan
dalam buku nota masing-masing.
Pelajar
memberi tumpuan
kepada penerangan guru.
Beberapa
orang pelajar
menjawab setelah dipanggil oleh guru. |
Slaid
show (power point) |
| Langkah
3
(
10 minit ) |
Tujuan
Fasakh |
Guru
menyoal semua
pelajar tentang
hikmah atau tujuan
dibolehkan fasakh.
Guru
mencatat jawapan-jawapan pelajar tersebut di papan
putih.
Guru
membetulkan jawapan pelajar yang kurang tepat sambil menerangkan dengan jelas tujuan fasakh dibolehkan. |
Pelajar
menjawab dengan
pelbagai jawapan.
Semua
pelajar memberikan
tumpuan serta melihat rujukan di dalam
buku teks.
Pelajar
membuat catatan
di dalam buku nota. |
Papan
putih, maker.
Buku
teks. |
| Langkah
4
(
10 minit ) |
Penilaian |
Guru
mengajukan beberapa soalan secara spontan kepada pelajar-pelajar di dalam kelas.
Antaranya:
1-
Apakah definisi fasakh?
2-
Sebutkan 3 sebab isteri boleh menuntut fasakh.
3-
Berikan 2 cara
isteri melakukan
tuntutan fasakh.
4-
Apakah hikmah dibolehkan fasakh? |
Beberapa
orang pelajar
berdiri dan memberikan jawapan masing-masing.
Pelajar
yang lain mendengar
dan mencatatkan nota ke dalam buku
catatan masing-masing. |
|
| Penutup
(
10 minit ) |
|
Guru
menayangkan semula slaid show mengenai ‘Konsep Fasakh’ sebagai panduan untuk pelajar mengimbas kembali apa yang
telah
mereka pelajari pada masa tersebut.
Guru
merumuskan isi-isi penting yang telah dibincangkan serta menulisnya di papan putih. |
Semua
pelajar memberikan
tumpuan terhadap slaid show yang ditayangkan dan turut bertanyakan soalan kepada guru mengenai apa yang kurang mereka fahami.
Pelajar
mendengar rumusan
daripada guru sambil melihat nota yang telah mereka catatkan.
|
Slaid
show (power point)
Papan
putih dan maker. |