Soalan 1
Perpisahan di antara suami dengan isteri, iaitu isteri dikehendaki membayar sesuatu sebagai ganti penceraian dipanggil…
a) Zihar
b) Fasakh
c) Khuluk
d) Nusyuz
 
Soalan 2
Perpisahan antara suami dengan isteri atas sebab sesuatu sifat yang dibenarkan oleh syarak dipanggil
a) Zihar
b) Fasakh
c) Khuluk
d) Nusyuz
 
Soalan 3
Suami yang meyerupai isterinya dengan ibunya…
a) Zihar
b) Fasakh
c) Khuluk
d) Nusyuz
 

Soalan 4

Persumpahan suami bagi mensabitkan tuduhan zina terhadap isterinya manakala isteri pula bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut

a) Zihar
b) Fasakh
c) Khuluk
d) Li’an
 

Soalan 5
Berikut merupakan sebab-sebab seorang isteri dianggap nusyuz kecuali :
a) Tidak mengikut kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah.
b) Pergi ke suatu tempat yang jauh sehingga terpaksa meninggalkan rumah beberapa hari tanpa izin suaminya
c) Menurut kehendak suaminya selagi tidak bertentangan dengan syarak.
d) Engkar larangan suaminya yang munasabah seperti melarang sesorang yang tidak disukai memasuki rumahnya.
 
Soalan 6
Hukum perbuatan khuluk adalah :

a) Wajib
b) Harus
c) Sunat
d) Makruh

 
Soalan 7
Berikut merupakan kafarah zihar kecuali :
a) Berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau berterusan.
b) Memberi sedekah makanan utama sesebuah negeri kepada enam puluh orang miskin.
c) Memerdekakan seorang hamba mukmin.
d) Membayar sejumlah wang kepada Tabung Haji.

 

Soalan 1
Dalam kehidupan berumahtangga kadangkala berlaku nusyuz oleh isteri terhadap suaminya.
a) Terangkan pengertian nusyuz
b) Nyatakan dua contoh yang membolehkan seseorang isteri dikategorikan sebagai nusyuz terhadap suaminya.
c) Terangkan dua kesan daripada perbuatan nusyuz
 
Soalan 2
Nyatakan tiga sebab yang membolehkan isteri menuntut fasakh di Mahkamah Syariah.
 
Soalan 3
Bagaimanakah keadaannya jika berlaku khuluk atau tebus talak yang dipaksa oleh pihak isteri?
 
Soalan 4
Nyatakan tiga kesan yang akan diterima oleh suami dan isteri yang telah bersumpah dengan lian.

 

Topik Pilihan - Fasakh

SEBELUM PENGAJARAN
1) Berikan takrif nikah dari segi bahasa dan istilah
2) Sebutkan konsep-konsep permasalahan dalam sesebuah perkahwinan.
3) Apakah yang pelajar-pelajar faham tentang konsep fasakh?
 
SEMASA PENGAJARAN
1) Sila sebutkan sekali lagi takrif fasakh dari sudut bahasa dan istilah.
2) Sebutkan sebab-sebab yang membolehkan seorang isteri menuntut fasakh daripada suaminya.
3) Bagaimanakah tuntutan fasakh dilakukan?

 

Topik Pilihan - Fasakh

1) Sebutkan takrif fasakh dari segi bahasa dan istilah.
2) Adakah seorang isteri boleh menuntut fasakh daripada suaminya?Jika ya,senaraikan
sebab-sebabnya.
3) Sebut dan terangkan cara-cara melakukan fasakh.
4) Senarai dan terangkan tujuan fasakh dibolehkan dalam sesebuah perkahwinan?