Objektif modul ini adalah untuk :

Guru
1) Membolehkan guru memahami bagaimana murid mempelajari sains dan implikasinya terhadap pengajaran.
2) Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep masalah dan cara penyelesaian keluarga,penguasaan kemahiran mengaitkan dengan isu semasa dan penerangan sikap dan nilai murni.
3) Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran Pendidikan Islam seperti simulasi,projek dan perbincangan.
4) Menjelaskan pandangan guru tentang kaedah perbincangan dan teknik menyoal untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

 

Pelajar
Setelah mempelajarinya pelajar dapat:
1) Memahami konsep permasalahan dalam perkahwinan menurut Islam.
2) Mengetahui keunggulan sistem kekeluargaan dalam Islam.
3) Menyenaraikan jenis-jenis li’an serta dalil-dalil yang berkaitan dengannya
4) Membezakan punca-punca utama berlakunya kelima-lima masalah tersebut.
5) Menyebut definisi bagi setiap konsep permasalahan ini dengan tepat.