Definisi
| Bahasa
|
: Menzahirkan
atau menyerupakan |
| Istilah |
:
Suami menyerupakan atau menyamai isterinya dengan ibunya. Seperti
kata-kata suami kepada isterinya ;
‘Dada engkau serupa dengan dada ibuku’ atau ‘Punggung
engkau serupa dengan punggung ibuku’ dan sebagainya.
Apabila
suami berkata demikian kepada isterinya, maka haramlah bagi suami
bersetubuh dengan isterinya, dan wajiblah suami membayar kafarah
jika dia ingin kembali bersama dan bersetubuh dengan isterinya. |
Rukun
Zihar
| 1) |
Suami
yang sah. |
| 2) |
Isteri
yang sah ( belum tertalak atau isteri yang sudah tertalak tetapi masih
dalam talak raj’I iaitu isteri yang masih di dalam iddah ). |
| 3) |
Orang
yang diziharkan dengan isterinya ( muhram suami ). |
| 4) |
Lafaz
zihar sama ada secara terang-terangan atau sindiran, melalui tulisan
atau bahasa isyarat kepada orang bisu dengan syarat, isyarat tersebut
boleh difahami.
|
Muhram
Suami Yang Menyebabkan Jatuhnya Hukum Zihar
| 1) |
Secara
nasab atau keturunan |
| 2) |
Muhram
berambil-ambilan |
| 3) |
Muhram
secara ridha' (susuan) |
| 4) |
Ibu
mertua |
Kafarahnya
| 1) |
Memerdekakan
seorang hamba mukmin. Jika tidak mampu, |
| 2) |
Berpuasa
selama dua bulan berturut-turut atau berterusan. Jika tidak mampu, |
| 3) |
Memberi
sedekah makanan utama ( ruji ) sesebuah negeri kepada enam puluh orang
miskin. |
Dalil
Firman ALLAH
SWT dalam surah Al-Mujadalah ayat 2 :
Maksudnya
:
"Orang
yang menziharkan isterinya di antara kamu, tiadalah isteri mereka itu
ibu mereka, ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan
mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan sesuatu perkataan
yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun"
Definisi
| Bahasa |
: Rosak
atau putus |
| Istilah |
:
Pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan oleh
syarak, misalnya perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh
kadi disebabkan oleh tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya
Fasakh
tidak mengurangkan bilangan talaknya, Fasakh juga boleh dituntut
oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang
terdapat pada pihak isteri |
Sebab-Sebab Isteri Boleh Menuntut Fasakh
| 1) |
Gila
berkekalan atau sekejap |
| 2) |
Penyakit
kusta |
| 3) |
Penyakit
sopak |
| 4) |
Penyakit
yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan |
| 5) |
Suami
tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isteri |
| 6) |
Suami
yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isteri terlalu lama
yang tidak diberitahu khabar berita |
Cara Melakukan Fasakh
| 1) |
Jika
suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh |
| 2) |
Membuat
aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka |
| 3) |
Jika
dapat dibuktikan pengaduan yang dibeikan adalah betul pihak kadi boleh
mengambil tindakan membatalkan perkahwinan |
| 4) |
Pembatalan
perkahwinan dengan fasakh tidak boleh dirujuk kembali kecuali akad
nikah yang semula. |
Tujuan Fasakh
| 1) |
Memelihara
hak-hak wanita. |
| 2) |
Menolak
bahaya kemudaratan yang menimpanya. |
| 3) |
Memberi
keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah. |
 
Definisi
| Bahasa |
: Derhaka
atau ingkar |
| Istilah |
: Isteri
yang menderhaka atau ingkar dari menunaikan hak dan tanggungjawab
kepada suaminya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. |
Perbuatan
- Perbuatan Yang Dikira Nusyuz
| 1) |
Keluar
rumah dengan tiada tujuan yang mustahak tanpa izin suami atau ke tempat
yang tidak dibenarkan oleh suami. |
| 2) |
Tidak
melayan kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah seperti uzur. |
| 3) |
Pergi
ke suatu tempat yang jauh sehingga terpaksa meninggalkan rumah beberapa
hari tanpa izin suaminya |
| 4) |
Tidak
mengikut perintah suaminya yang munasabah seperti menyuruh isterinya
membuat sesuatu kerja yang munasabah tetapi tidak dilakukannya. |
| 5) |
Tidak
mengikut larangan suaminya yang munasabah seperti melarang sesorang
yang tidak disukai memasuki rumahnya. |
Akibat
Daripada Perbuatan Nusyuz
| 1) |
Isteri
hilang haknya sebagai isteri. |
| 2) |
Suami
tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya |
| 3) |
Isteri
tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya. |
| 4) |
Isteri
tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.
Sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
‘Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda :
“ Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur
lalu dia menolak, sehingga suaminya marah, maka para malaikat akan
melaknatnya hingga ke subuh. “
( Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim ) |
Cara-Cara
Mengatasi Perbuatan Nusyuz
| 1) |
Suami
hendaklah menasihati isterinya dengan cara yang bijaksana dan menerangkan
kepada isterinya mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh si isteri
dengan baik. |
| 2) |
Sekiranya
cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri daripada
isterinya tidak lebih daripada tiga hari. |
| 3) |
Jika
cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa kesan yang positif
kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar
tetapi bukan untuk mencederakannya. |
Cara
Memukul Yang Diharuskan
| 1) |
Tidak
keterlaluan sehingga boleh mencederakannya. |
| 2) |
Tidak
memukul di bahagian-bahagian yang sensitif. |
| 3) |
Memukul
dengan tujuan untuk mengajar dan menginsafkannya. |
| 4) |
Memukul
dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya. |
Perbuatan
Nusyuz Dapat Dihindarkan Sekiranya
| 1) |
Suami
dan isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik. |
| 2) |
Suami
memberi didikan agama kepada isteri. |
| 3) |
Suami
dan isteri hendaklah saling memahami dan bekerjasama bagi mengatasi
sebarang masalah yang berlaku. |
| 4) |
Suami
dan isteri mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam
hal semua perkara. |
 
Definisi
Perpisahan
antara suami dengan isteri melalui tebus talak samada dengan menggunakan
lafaz talak atau khuluk.
Khuluq merupakan
perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri di
mana suami enggan melafazkan cerai, tetapi hanya bersetuju sekiranya dia
dibayar. Maka suami hendaklah menceraikan isterinya setelah si isteri
membayar dengan jumlah atau harta yang telah ditentukan.
Hukum
Khuluk
Hukum melakukan khuluk ialah harus. Ia boleh dilakukan pada bila-bila
masa sahaja, sama ada waktu suci atau waktu iddah.
Hukum khuluq berdasarkan firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat
229 iaitu :
Maksudnya
:
‘Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan
kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan
mengikut peraturan ALLAH S.W.T . Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut
peraturan ALLAH maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang
jadi tebus oleh perempuan.’
Penjelasan
Mengenai Tebus Talak
| 1) |
Bayaran
tebus talak bergantung kepada persetujuan bersama antara suami dan
isteri yang ingin bercerai |
| 2) |
Contoh
lafaz khuluk ialah kata suami kepada isterinya: ‘Saya ceraikan
kamu dengan bayaran sebanyak RM 10 000.’ Jawab isterinya: ‘Saya
menerimanya’. |
| 3) |
Apabila
suami melafazkan demikian dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan
serta merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajib beriddah. |
| 4) |
Bayaran
khuluk boleh juga dengan barang-barang yang bernilai seperti rumah,
tanah, kereta dan sebagainya. |
| 5) |
Apabila
berlaku khuluk, suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali akad
nikah semula. |
Tujuan
Khuluk
| 1) |
Memelihara
hak-hak wanita. |
| 2) |
Menolak
bahaya kemudaratan yang bakal menimpanya. |
| 3) |
Memberi
keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah. |
 
Definisi
| Bahasa |
: Kutukan |
| Istilah |
: Persumpahan
suami bagi mensabitkan tuduhan zina terhadap isterinya manakala isteri
pula bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut. |
Lian
Suami
| 1) |
Suami
membuat tuduhan zina terhadap isterinya tanpa mengemukakan empat orang
saksi. |
| 2) |
Tuduhan
ini jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi boleh disabitkan
sebagai tuduhan zina dengan hukuman 80 kali sebatan. |
| 3) |
Sebagai
ganti empat orang saksi, suami boleh bersumpah di hadapan hakim di
atas mimbar masjid di hadapan orang ramai, sekurang-kurangnya empat
orang. |
| 4) |
Sumpahan
suami.”Saya bersaksi dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya
isteri saya (namakan isterinya ) telah berzina dengan lelaki bernama
(namakan lelaki berkenaan ) dan saya mengaku bahawa segala tuduhan
saya ini adalah benar belaka”. |
| 5) |
Jika
isterinya mengandung, suaminya tidak mengaku kandungan itu anaknya,
maka ditambah lagi sumpahnya: ”Dan anak yang di dalam kandungannya
itu adalah anak zina, bukannya anak daripada saya”. |
| 6) |
Ucapan
sumpahan itu hendaklah diulang sebanyak empat kali sebagai ganti empat
orang saksi untuk melepaskan diri daripada membuat tuduhan zina atau
qazaf. |
| 7) |
Kali
kelima di tambah dengan sumpahannya: ”Atas diri saya laknat
dan kemurkaan Allah, sekiranya tuduhan saya ini dusta.” |
| 8) |
Dengan
li’an ini, tertalaklah isterinya selama-lamanya.
|
Kesan
Sumpahan Suami
| 1) |
Suami
terlepas daripada hukuman sebat sebanyak 80 sebatan. |
| 2) |
Isteri
boleh disabitkan kesalahan zina dan dikenakan hukuman rejam sampai
mati. |
| 3) |
Suami
dan isteri terpisah selama-lamanya. |
| 4) |
Putus
nasab keturunan bagi anak yang dikandung oleh isterinya dengan tuduhan
tersebut. |
| 5) |
Allah
akan melaknat suami tersebut sekiranya dia berdusta. |
Lian
Isteri
| 1) |
Isteri
menafikan tuduhan zina terhadapnya dengan bersumpah. |
| 2) |
Isteri
hendaklah bersumpah bagi menolak segala tuduhan zina kepadanya. |
| 3) |
Sumpahan
isteri.”Saya bersaksi dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya
suami saya ( namakan suaminya ) adalah berdusta membuat tuduhan zina
terhadap diri saya.” |
| 4) |
Ucapan
sumpahan itu hendaklah di ulang sebanyak empat kali sebagai ganti
untuk melepaskan diri dari sabitan zina, iaitu rejam sampai mati. |
| 5) |
Kali
kelima ditambah dengan sumpahannya: ”Atas diri saya laknat dan
kemurkaan Allah jika benar tuduhan zina terhadap diri saya itu”. |
| 6) |
Dengan
lian ini terpisahlah isteri dengan suaminya buat selama-lamanya. |
Kesan
Sumpahan Isteri
| 1) |
Isteri
terlepas daripada hukuman rejam sampai mati. |
| 2) |
Isteri
terpisah selama-lamanya dengan suaminya. |
| 3) |
Putus
nasab keturunan bagi anak yang dikandung dengan sebab penafian tersebut. |
| 4) |
Allah
akan melaknat dan kutukan kepada isteri jika suaminya benar. |
Hukuman lian
ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nur, ayat 6-7 yang bermaksud
:
‘Orang yang menuduh isterinya berzina, tetapi mereka tidak mempunyai
saksi-saksi, selain diri sendiri, maka saksinya empat kali bersumpah dengan
nama ALLAH , bahawa dia adalah orang yang benar. Dan yang kelima, bahawa
laknat ALLAH atas dirinya jika adalah ia dari orang yang dusta.’
|