Mon
26
Jan
ad3

LONDON – Satu virus komputer misteri kini merebak dengan pantas dan sudah menjangkiti lebih 15 juta komputer di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam tempoh tiga hari sahaja, sebanyak enam juta komputer dijangkiti virus itu yang merupakan jenis cecacing dikenali sebagai Downadup, Conficker atau Kido.

Sehingga kini pakar-pakar masih belum mengetahui apakah tujuan virus misteri itu dicipta dan kesannya terhadap komputer.

Pakar-pakar berpendapat virus itu mungkin tidak mempunyai apa-apa fungsi kerana penciptanya hanya mahu menunjuk kepakaran yang dimilikinya.

Bagaimanapun, beberapa pakar keselamatan berasa ragu kerana tidak mungkin sejenis virus cecacing yang canggih tidak mempunyai tujuan tertentu.

Pengurus Teknikal F-Secure, Tom Gaffney berkata, cecacing itu mungkin dicipta untuk mencuri maklumat sulit pengguna komputer seperti maklumat akaun dan kata laluan.

Menurutnya, cecacing itu tidak memberi kesan kepada pengguna sistem operasi Apple Macs tetapi boleh menjejaskan pengguna Windows yang tidak memasang perisian anti-virus yang dibekalkan oleh Microsoft. – Agensi

Sumber: Kosmo Online


RELATED POST/S:

  • How to Record Streaming Radio in Vista
  • VPN Client & Server have the same IP?
  • Change Windows 2003 / XP Product Key
  • Blue Screen of Death on Windows XP – ati2dvag.dll
  • Install Windows XP on SATA HD without Floppy Drive


  • Author:
    Time:
    Monday, January 26th, 2009 at 12:07 pm
    Category:
    GeekersGoHere
    Comments:
    You can leave a response, or trackback from your own site.
    RSS:
    You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
    Bookmark / Share:
    Navigation:

    facebook comments:

    Leave a Reply