Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

taken from http://forwardedemail.wordpress.com


RELATED POST/S:

  • Cintamu Mekar Dihati by May


  • Author:
    ad3
    Time:
    Tuesday, June 24th, 2008 at 9:47 am
    Category:
    Community Service, Mood of Life
    Comments:
    You can leave a response, or trackback from your own site.
    RSS:
    You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
    Bookmark / Share:
    Navigation:

    3 Responses to “Apa itu cinta? Apa itu Perkahwinan?”

    1. full-time killer Says:

      masih banyak yang perlu aku kerjakan. walau apa jua badai mahupun rintangan, aku tetap menerus kan niatku. bukan mudah untuk keluar dari bahang kehangatan,malah segala peluh tidak kira jantan atau betina keluar dari setiap liang-liang romaku.

      segala rintangan perlu ada kesabaran..
      aku semakin letih..segala keringat tidak dapat menolong ku lagi..seperti pepatah orang melayu “dimana ada kemahuan,di situ ada jalan..
      namun aku perlu teruskan juga… aku perlukan sokongan serta dorongan dari orang lain…

      wahai sahabatku, temanilah aku ini..
      aku takut.
      aku takut..
      aku takut…

      dalam keadaan yang gelap gelita,
      mapukah?
      mampukah?
      mampukah aku meneruskan perjuangan yang tiada penghujungnya….

      ahh!!! tidak!!! aku tidak mampu lakukan itu semua…
      siapa aku hendak dibandingkan dengan Tok Janggut??
      siapa aku hendak dibandingkan dengan Dol Said??
      dan siapa aku jika hendak dibandingkan dengan para pahlawan yang hanya mengenal erti kemerdekaan tanpa menghiraukan segala impak yang akan menimpa…

      ku tak berdaya,mengharungi sendiri..
      tanpamu,hidupku tak bererti..
      angin berlalu,kau kian jauh..
      di alam abadi..

      aku mula merasakan kekosongan, hanya lilin menerangi..
      kedengaran bunyi cengkerik.. tiba-tiba,
      bluup!

      saat yang ku tunggu selama ini telah hadir.. segala perjuanganku selama ini tamat disini.. segala ketakutan ku menempuhnya sudah berakhir..aku berjaya!!!

      aku membuka pili air dan membasuhnya… akhirnya berjaya jua aku membuang air besar dikampung.. terngiang-ngiang di dalam fikiran ku sejak dalam perjalanan pulang…

      bukan apa, cuma keadaan tandasnya yang jauh dari pandangan orang lain.. lagi-lagi tengah malam… membuatkan segala jenis macam hantu boleh terjumpa…

      aku mengenakan seluar dockers pendek, tanpa menghiraukan masa depan…..
      aku membuka langkah seribu… tahap kelajuannya tidak dapat dinafikan lagi… pemegang rekod dunia pun geleng kepala jika melihat kepantasan aku berlari dalam keadaan takut selepas keluar dari tandas nenek ku…

      Selamat,Aman,Makmur..

    2. ad3 Says:

      hhmm..

    3. Perkahwinan Bahagia, Tanggungjawab Bersama Bukan Mainan | MEGAT Says:

      [...] Perkahwinan bukan kerja main-main, ia perlukan komitmen antara kedua belah pihak walaupun apa yang terjadi. Janganlah menganggap seperti kamu mensasarkan pencapaian sasaran dalam bisnes pula. Perkahwinan lebih melibatkan emosi, perasaan dan komunikasi. Jika salah satu tidak terjadi maka pincanglah rumahtangga tersebut. [...]

    Leave a Reply