Wed
11
Jun
KALIS

Setelah merujuk kepada beberapa akhbar yang boleh dipercayai, PROTES (Gabungan Memprotes Harga Minyak) iaitu suatu badan NGO dan beberapa parti politik akan menganjurkan satu himpunan besar-besaran yang disifatkan luar biasa ekoran kenaikan drastik harga minyak baru-baru ini.

Perhimpunan ini dijangka akan diadakan pada 12 Julai jam 3pm bertempat di dua batang tiang besar iaitu KLCC. Aku pon confius sebab 12 Julai bulan depan. Lama lagi tu…ke surat khabar salah cetak. Kalau bulan depan rasanya isu ini sudah lapok. 12 Julai atau 12 Jun itu tidak penting, tetapi ini adalah luahan ketidakpuashatian rakyat yang melanda sekarang.

Message ini jelas menunjukkan rakyat amat berharap supaya kerajaan dapat menurunkan semula harga minyak. Paling tidakpon, dapat turunkan balik RM0.40sen – RM0.50sen pon dah OK. Semoga kerajaan dapat menyelesaikan masalah rakyat ini secepat mungkin. Dengan hanya memberikan subsidi sebanayak RM600 lebih sahaja tidak cukup. Ini kerana, faktor petrol akan membuatkan pelbagai barang keperluan turut meningkat. Rakyat sekarang amat terdesak. Inilah masanya untuk kerajaan membuktikan kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang hebat dan bijak dalam menangani masalah/krisis yang melanda negara sekarang.

Apa-apa pon, kita saksikan bersama apa yang akan berlaku dan apa yang tidak akan berlaku.

Sekian – KALIS

11 Jun 2008


RELATED POST/S:

  • Ketahui hak anda apabila berhadapan dengan pihak polis


  • Author:
    KALIS
    Time:
    Wednesday, June 11th, 2008 at 1:48 am
    Category:
    Community Service, Mumbling
    Comments:
    You can leave a response, or trackback from your own site.
    RSS:
    You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
    Bookmark / Share:
    Navigation:

    Leave a Reply