Buat kali pertama setelah pulang dari tanah suci Mekah pada 27 Disember yg lalu, Datuk Siti Nurhaliza telah tampil dihadapan media dengan imej bertudungnya. Walaupun masih tak berapa ‘bertudung’, antara yg aku kesalkan adalah pemilihan pereka tudungnya, Datuk Bernard Chandran. Kenapa mesti Datuk Bernard Chandran? Aku betul2 xpaham..
Seumpama seorang tukang ukir yang diarah untuk menghasilkan sebiji kek. Si tukang cat tadi sudah tentunya mempunyai kemahiran untuk melepa, tapi bukannya untuk melepa kek.. kek tadi mungkin jadi, tetapi tidak lah seperti ‘kek’ yang sebenarnya..
Mintak maaf pada yang terasa apabila aku cuba analogi kan fesyen tudung Datuk Siti dengan sebiji kek. Apa yang aku cuba lakukan adalah untuk menyampai kan mesej sahaja.
Disamping itu rata2 ahli didalam forum awam mengutuk sekeras2 nya cara Datuk Siti bertudung. Kesian jugak pada Datuk Siti kadang2 apabila membaca tulisan forumer2 tersebut yang terang2 menyamakan fesyen yg digayakan dengan beberapa makhluk yg kebiasaannya hidup di dalam hutan. Peminat marah dengannya kerana Datuk Siti sendiri menyuarakan hasrat untuk bertudung apabila telah bergelar hajjah, dan apabila “tudung yang tak berapa nak tudung” pula yg dipakai, sudah tentu la ramai yang melenting.
BTW, aku ada terjumper gambar Datuk Siti bertudung litup, ini baru betul, baru sweeeet.. dengar citer gambar ni kat Jeddah. Tapi muka dia ni mcm kene tampal pun ada.
Ops, tetiba terjumper plak artikel dan gambar2 Datuk Siti Nurhaliza semasa pelancaran Album terbarunya.. Layaaaaaaaannnnnn………..
Kakak Tua: Bila artis popular melakukan ‘jenayah fesyen’….
AGAK berat dan susah hati Kakak Tua hendak menyentuh pasal bab berfesyen ini. Tambahan pula yang hendak ditegur itu artis ternama dan yang menegur pula bak ‘tunggul berhias.’
Tapi niat di hati ini hanya sekadar menegur. Kalau baik penerimaannya, Alhamdulillah, kalau tidak terpulanglah. Lagipun bukan semua yang dicakap oleh Kakak Tua ini diambil berat.
Lagipun, takut pula orang berkata…Tepuk dada tanya selera. Badan kita, duitpun kita punya. Orang lain hanya menjatuhkan bibir atas bawah – Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa!
Namun sebagai orang lama, bila ada yang menyindir dan membuat jenaka cara berpakaian Datuk Siti Nurhaliza ketika pelancaran album terbarunya baru-baru ini, tak sanggup rasanya telinga ini mendengar kata-kata kurang enak yang dilontarkan.
Benarlah kata orang tua, bunga yang harum itu ada juga durinya.
Ketika rakan sekerja memberi komen…”Siti telah melakukan satu jenayah fesyen,” hati tua ini terus nekad untuk menegur bukan sekadar Siti saja tetapi pereka fesyen Riezman Ruzaini yang langsung tidak memberi nasihat kepada Siti agar melupakan niatnya untuk berpakaian begitu.
Siti telah melakukan satu ‘jenayah fesyen’?
Sebenarnya ramai juga artis kita yang pernah melakukan ‘jenayah fesyen’ seperti Siti dan ada pula tu yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk khidmat pereka fesyen profesional agar keterampilan kelihatan lebih anggun.
Namun kadang kala, pereka fesyen yang diharapkan itu bersikap seperti ‘Tikus baiki labu’ dan memandai-mandai seperti ‘Siuntut dipakaikan gelang’.
Maka berjalanlah sidang akhbar yang dinanti-nantikan itu dalam suasana yang meriah. Bertambah ‘meriah’ apabila ramai hadirin bagai terpaku melihat busana yang melekat di badan montok Siti.
Ramai hanya mampu berkata dalam hati, kenapa dan mengapa Siti sanggup bertukar ‘imej’ buruk, yang sakit di mata itu. Tapi hadirin yang berhemah mengambil sikap diam dan lihat termasuk wartawan yang bagai ‘terkunci mulut’ bila melihat ‘kehebatan’ Siti yang sudah banyak berubah sejak kebelakangan ini.
Orang kata ukur baju di badan sendiri. Agaknya Siti alpa yang paras rupa dan kemontokan badannya tidak memungkinkan dia berpakaian seumpama itu. Kalau model atau artis tinggi lampai seperti Nasha Aziz, Erra Fazira atau Aleeza Kassim mungkin sesuai mengenakan busana yang dicipta itu.
Sudahlah seluar ketat dipadankan dengan tali pinggang mencecah atas pinggang, disambut pula dengan serkup kepala berselendang lace. Cukup tidak sempurna jodohnya.
Serkup kepala begitu memang menarik dan akan kelihatan ranggi dan moden seandai pemakainya berwajah bujur sirih dan runcing dan bukan bulat macam bulan purnama.
Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi ‘tercemar’ dengan busana sejelek ini.
Potongan wajah ‘babyface’ seperti Siti tidak sesuai, tambah pula bila litup kepala disengetkan sedemikian rupa. Timbul pula rasa kasihan di hati kerana tiada seorangpun dalam hidup Siti, baik suami, kakak mahupun kakak ipar yang berani menegurnya.Bila kita berpakaian bagai nangka masak menyasak sarung, yang menjadi bahan ketawanya kita. Alangkah tragisnya bila orang yang ditertawakan itu adalah idola satu Malaysia.
Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi ‘tercemar’ dengan busana sejelek ini. Selama ini, Siti cukup berhati-hati bila memilih pakaian yang akan disarungkan ke badannya. Walau pernah dilabel ‘kampung’ atau konservatif, semua fesyennya molek dan berkenan di mata.
Tapi sejak akhir-akhir ini, Siti mula berani ‘berfesyen’ dan kelihatan agak seksi kerana badan yang langsing bertukar montok dan wajah comel lebih berisi.
Penampilan ’seksi’ mahupun ‘berisi’ yang selalu disebut-sebut oleh rakan wartawan sebenarnya terkandung banyak subteks – yang tidak mampu terucap dengan kata-kata. Adat orang kita menjaga hati agar tidak tersinggung. Bagus juga sikap yang diambil oleh ini.
Cuma jangan menjadikan kebiasaan kerana kesedapan begini hanya akan membuat artis itu terpana dan terpesona sehingga mengambil sikap ‘aku hebat’.
Maka jadilah seperti hikayat dongeng “The Emperor and his New Clothes’. Yang mana akhir-akhir sekali apabila semua tertawakannya, barulah si Maharaja sedar yang dia telah menjadi bahan lawak oleh sebab sikap angkuhnya sendiri dan tiada seorangpun disekelilingnya yang berani memberi teguran.
Bila sudah jadi begini, bukan semua yang dikritik itu akan menyalahkan diri sendiri kerana ketaksuban ingin dilihat hebat dan menawan. Selalunya, ‘muka yang buruk tapi cermin yang dibelah.’ Harap-harap Siti tidak begitu.
KAKAK TUA: Selalu terima kebenaran kerana tak sanggup ‘Kata yang benar di tidakkan, rahmat Tuhan dilarikan’.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cc6e200f-c0a85062-53594900-37f48cd7
Sebagai akhir kalam terima lah cenderahati yang tak seberapa ni..











March 28th, 2010 at 2:10 am
inilah manusia yg semakin kaya tp semakin lupa pd Allah.Harus berigt rezeki dan kekayaan dtg dr Allah.Ape salahnye sekiranya mengambil org Islam sbg pereka fesyen tudung..Ade byk pereke fesyen tudung yg Islam ..Dah la pakai tudung ikut suka dia..
Wahai CT berigtlah kamu sesungguh kekeyaan yg diberikan Allah itu utk membuat kamu lebih lalai dan alpa.Buktinya knp bila kamu semakin kaya, kamu semakin melupakan Allah.iaitu terlalu seronok dgn dunia artis dan terus alpa …
June 8th, 2010 at 8:16 pm
cik CT, lupakanlah niat mu yg suci ( utk bertudung ) . Bukan ini caranya utk menarik perhatian peminatmu. Bertudung biar betul dgn akidah ISLAM, bukan dengan glamour dan arus fesyen terkini.
June 16th, 2010 at 6:25 am
mungkin Datuk K nk siti pkai tudung, tapi siti tak nak. So, diorang amek jalan tgh.. pkai tudung separuh.. :p