Dah lama aku cuba untuk solve masalah ni.. Setiap kali aku bukak Application Manager (Menu > Tools > Manager) , dan bila aku nak scroll, dia akan quit dengan sendirinya.. So aku install la AppMan dengan harapan dapat tengok list of installed application. Tapi masih tak boleh sebab AppMan return System Error. Arrggh….!!! setelah diabaikan selama 2 bulan, aku try godek lagi N70 ni.. dan akhirnya aku jumpa punca onar selama ni..

Puncanya datang dari java games Hugo: Ice Cave … kurang faham mcm mana game ni boleh mendatangkan masalah.. Bagi korang yang menghadapi masalah yang sama dan nak tau application yang melakukan onar tu.. bole ikut step2 dibawah..

Dapatkan list untuk installed application.

  1. Bukak c:\System\Apps
  2. Jot down semua nama application yang ada. Untuk *.sis, nama application sama dengan nama folder. Untuk java, folder yang nama lebih kurang macam ni [1018018a], dan nama application boleh didapati dalam file 1018018a.txt dalam folder tersebut
  3. Bukak e:\System\Apps
  4. Ulang langkah 2.

Sekarang korang dah ada full list application yang ter-install dalam S60 tu. Jadi next step is dapatkan list nama application yang bole display dalam Application Manager.

  1. Bukak Menu > Tools > Manager
  2. Jot down semua list application yang tak ada gambar kotak kat sebelah dia. Sebab application yang ada kotak maksudnyer file installer, kita cuma nak carik application yang telah di-install sahaja.

Lepas tu, korang buat ka comparison antara kedua-dua list tu.. dan korang akan jumpa la application yang bermasalah tu. Bila dah jumpa;

  1. Carik balik dalam folder mana application tu duduk. e.g (c:\System\Apps\NamaFolder) atau (e:\System\Apps\NamaFolder)
  2. Dan delete folder tersebut.
  3. Untuk java application, bukak *.txt file yang ada dalam folder, then korang akan dapat folder yang store icon location untuk application tu. Kebiasaannya nama folder tu (c:/System/MIDlets/NamaFolder)
  4. Delete folder ni jugak.

Tadaaa…. Settle!!!


RELATED POST/S:

  • Error from Mobile Connect application (Celcom Brodband)
  • Prayer Time Basic v2.00 (J2ME)
  • Windows 2000 Update Error:0xC8000711
  • A duplicate name exists on network – Windows XP


  • Author:
    ad3
    Time:
    Tuesday, October 23rd, 2007 at 10:06 am
    Category:
    GeekersGoHere, N70
    Comments:
    You can leave a response, or trackback from your own site.
    RSS:
    You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
    Bookmark / Share:
    Navigation:

    Leave a Reply